Categories: Resipi

Baru Tahu Resipi Sambal Jawa Ini Boleh Guna Udang Segar Ganti Udang Kering, Menarik!

Sambal jawa resepi ini menggabungkan pelbagai bahan seperti tempe, tauhu, kentang dan sayur-sayuran dalam satu hidangan. Berbeza daripada sambal biasa, resipi ini mempunyai lebih banyak tekstur kerana menggunakan bahan yang digoreng dan dicampurkan bersama sambal.

Keseimbangan rasa pedas, manis dan masam menjadikan hidangan ini mempunyai rasa tersendiri. Kicap manis digunakan dalam kuantiti sedikit supaya rasa sambal tidak terlalu manis, manakala air asam jawa memberikan sedikit rasa masam.

Menariknya, penggunaan udang kering juga boleh diubah mengikut bahan yang ada. Jika tiada udang kering, udang biasa boleh digunakan sebagai ganti. Hidangan ini sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Goreng & Tumbuk Kasar-Kasar Macam INI Barulah Lebih Terasa!

SAMBAL JAWA RESEPI MUDAH

Bahan-bahan:

  • 2 keping tempe
  • 2–3 keping tauhu
  • 2 biji kentang
  • 1 biji bawang merah
  • 4–5 ulas bawang putih
  • Cili kering yang telah dikisar
  • 1 genggam udang kering (boleh digantikan dengan udang biasa)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil kicap manis
  • Kacang buncis secukupnya
  • Suhun secukupnya
  • Fucuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara penyediaan:

  1. Potong tempe, tauhu dan kentang berbentuk dadu. Goreng ketiga-tiga bahan sehingga masak dan sedikit keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis kedua-duanya sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering kisar dan udang kering. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal menjadi lebih masak.
  4. Bancuh 2 sudu besar asam jawa dengan sedikit air. Tuangkan ke dalam sambal bersama garam dan kacau sebati.
  5. Apabila sambal kembali pecah minyak, masukkan kacang buncis dan kicap manis. Gaul rata.
  6. Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang telah digoreng tadi.
  7. Akhir sekali, masukkan suhun dan fucuk yang telah direndam sehingga lembut. Gaul semua bahan sehingga sebati dan kuah sambal meliputi setiap bahan.
  8. Tutup api dan sambal Jawa sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika menggunakan udang biasa sebagai pengganti udang kering, boleh masukkan udang selepas menumis cili dan masak sehingga udang berubah warna.

Sumber: Threads @eire.nova

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Izzati

Recent Posts

Resipi Roti Poket Doraemon, Kulit Rangup Di Luar Dengan Inti Ayam & Sosej Yang Penuh!

Roti poket Doraemon ini menggunakan roti biasa yang dileperkan sebelum diisi dengan inti ayam kisar…

53 mins ago

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

15 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

18 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

18 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

19 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

19 hours ago