Sambal ikan tongkol memang antara lauk kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas, manis dan cukup menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas. Namun, ada satu petua mudah yang membuatkan hidangan ini jadi lebih sedap, iaitu merebus ikan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Petua ini bukan sahaja membantu menghilangkan bau hanyir, malah menjadikan isi ikan lebih pejal, berperisa dan tidak mudah hancur ketika digaul bersama sambal. Lebih menarik, ikan yang telah direbus juga boleh disimpan di dalam freezer untuk memudahkan penyediaan lauk pada hari-hari sibuk.
Baca juga: Resepi Siakap Mangga Ala Thai, Rahsia Sos Segar Ini Buat Ramai Tak Henti Tambah Nasi!
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan ikan tongkol ke dalam periuk bersama sedikit garam dan 4 hingga 5 keping asam keping. Tuangkan air sekadar menutupi paras ikan, kemudian rebus sehingga ikan masak.
2. Angkat ikan dan biarkan sejuk seketika sebelum digoreng hingga garing. Ketepikan.
3. Kisar kasar bawang merah dan bawang putih.
4. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama cili giling sehingga pecah minyak dan benar-benar masak.
5. Masukkan sos cili, sos tiram serta sedikit air. Kacau sehingga semua bahan sebati.
6. Tambahkan satu keping asam keping daripada air rebusan ikan. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
7. Masukkan hirisan bawang besar dan cili merah jika suka. Masak sehingga bawang sedikit layu.
8. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng dan gaul perlahan-lahan supaya sambal menyaluti keseluruhan ikan.
9. Biarkan sambal mereneh beberapa minit sehingga sedikit pekat sebelum diangkat dan dihidangkan.
Tips Sambal Ikan Tongkol Lebih Sedap
Hidangan sambal ikan tongkol ini cukup menyelerakan apabila dinikmati bersama nasi panas, telur dadar dan ulam-ulaman. Dengan petua merebus ikan terlebih dahulu, hasilnya bukan sahaja lebih sedap malah menjimatkan masa kerana anda boleh menyediakan stok ikan lebih awal untuk kegunaan pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Sham Zainal
Baca juga: Ayam Goreng Tak Perlu Banyak Tepung, Cuma Guna Petua Ini Dah Jadi Rangup Memikat
Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…
Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…
Dah cuba petua limau nipis dan kicap tetapi batuk berkahak masih belum reda? Selain petua…
Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…
Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…
Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…