sambal ikan tongkol merah

Hari ini kami kongsikan resipi sambal ikan tongkol merah yang sangat mudah dan cepat disediakan. Lauk ni sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi lemak, atau nasi minyak.

Jika mahukan sambal ini extra kick, anda perlu masak lebih lama sehingga minyak keluar dengan banyak.

Percayalah, anda pasti tak akan menyesal mencuba resipi sambal ikan tongkol ini.

Baca lagi: Resipi Daging Goreng Kunyit, Cara Cepat Tapi Janji Tak Liat!

RESIPI SAMBAL IKAN TONGKOL MERAH

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol (seberapa banyak yang anda suka)
  • Serbuk kunyit (untuk perapan ikan)
  • Cili kering (direbus dan dibuang biji)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, lumurkan ikan tongkol dengan serbuk kunyit dan garam. Pastikan semua bahagian ikan disalut dengan baik.

2. Goreng ikan sehingga garing dan masak sepenuhnya. Setelah itu, angkat dan ketepikan dulu ikan tersebut.

3. Untuk sambal, kisar semua bahan berikut: cili kering, bawang merah, bawang putih, dan halia. Jumlah cili kering terpulang kepada selera anda. Lebih banyak cili, lebih pedas sambal anda nanti!

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan benar-benar masak dan naik minyak (pecah minyak). Ini penting untuk mendapatkan sambal yang sedap.

5. Tambahkan 2 sudu besar air asam jawa, kemudian kacau rata.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Pastikan sambal ada rasa manis, masam, dan masin yang seimbang. Kalau suka lebih masam, boleh tambah lagi air asam jawa.

7. Setelah sambal siap dan rasanya sudah seimbang, masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.

8. Kacau perlahan-lahan supaya ikan disalut dengan sambal secara menyeluruh. Pastikan ikan tidak hancur semasa dikacau.

9. Sambal ikan tongkol anda sudah siap untuk dihidangkan! Hidangkan bersama nasi panas untuk rasa yang lebih mantap.

Selamat mencuba!

Sumber: HasnieZa Nor

Baca lagi: Resipi Kuih Serabai Dengan Kuah Manis, Lembut Dan Berongga Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN