sambal ikan masin kurau

Sambal ikan masin kurau ini memang tak mengecewakan bila dijadikan lauk. Rasanya yang masin, pedas dan cukup beraroma membuat ia digemari ramai.

Lagi padu bila digandingkan dengan nasi panas, memang boleh buat bertambah-tambah makan!

Sebenarnya boleh guna jenis ikan masin yang lain juga, tapi ikan masin kurau antara pilihan yang paling sedap.

Teksturnya yang padat, isi yang pejal dan rasa masin semula jadi memang sesuai dijadikan sambal. Bila digaul dengan sambal tumis pekat, memang menyengat!

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Goreng Dengan Telur Kicap Pedas, Menu Ringkas Tapi Padu Habis!

RESEPI SAMBAL IKAN MASIN KURAU

sambal ikan masin kurau

Bahan-bahan:

  • 100g ikan masin kurau (direndam dan digoreng garing)
  • 3 hingga 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang)
  • 10 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
  • 1 sudu kecil belacan (jika suka)
  • 1 sudu kecil gula melaka atau gula pasir
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan serbuk perasa (jika perlu)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan belacan, tumis sehingga pecah minyak serta naik bau.
  3. Tambahkan gula dan air asam jawa. Gaul rata dan biarkan sambal menjadi pekat.
  4. Masukkan ikan masin kurau yang telah digoreng tadi, gaul hingga sebati.
  5. Perasakan mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Tenggiri Pedas & Pekat, Lauk Simple Tapi Buat Nasi Bertambah-Tambah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN