Categories: Resipi

Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing

Sarapan dengan nasi lemak bersama keluarga memang seronok, apatah lagi jika digandingkan dengan Sambal Ikan Bilis simple yang sedap.

Ramai yang sukakannya kerana bau ikan bilis yang semerbak bersama pedas dan manis secukup rasa.

Jom kita lihat resipi mudah dan menarik yang dikongsikan oleh Chek Kuna Ahmad di Facebook ini.

Dalam resipi ini terdapat juga tips untuk memastikan sambal itu sudah cukup garing atau belum. Wajib cuba!

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS SIMPLE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Sediakan kuali dan panaskan dalam 2 senduk minyak masak.

2. Cuci ikan bilis, toskan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian angkat dan toskan.

3. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar (bawang putih dan bawang merah). Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing.

4. Apabila bawang sudah garing dan warna keperangan, masukkan cili kisar dalam 2 senduk.

5. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni kena masuk awal untuk cili cepat garing.

6. Kemudian masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.

7. Kacau rata dan masukkan bawang besar dipotong nipis. Kanak-kanak tak suka makan bawang, tapi bila buat begini tak nampak ada bawang. Biasa orang berniaga nak bagi nampak banyak sambal, mereka letak bawang besar ini banyak-banyak.

8. Perlahankan api dan kacau sambal sampai betul-betul garing. Proses ni ambil masa sikit. Bila dah ramai orang bersin, bermakna sambal itu dah cukup garing.

9. Masukkan air panas atau suam dalam 2 cawan dan kcau rata. Biar sambal pekat skit, kemudian baru masukkan ikan bilis goreng tadi.

10. Kacau rata, kemudian rasakan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang!

Sambal Ikan Bilis simple ini bukan saja enak dimakan bersama nasi lemak, malah ia juga cukup ngam jika dimakan dengan nasi biasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Chek Kuna Ahmad

Baca juga: Resipi Sambal Kentang Ikan Bilis Cukup Rasa, Ratah Pun Sedap!

Aimi

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

1 hour ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

1 hour ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago