Sambal ikan bilis garing sangat sesuai dijadikan lauk terutamanya kalau masa travel ataupun kering idea nak masak menu apa.
Yang penting lauk ni boleh dijadikan stok yang tahan lama tau. Kalau korang nak makan dengan bubur atau sup pun sedap.
Resipi Sambal Ikan Bilis Garing
Bahan-bahan:
- Cili kering
- Minyak
- Bawang besar
- Garam
- Serbuk perasa
- Ikan bilis
- Gula
- Bawang goreng
Cara pembuatan:
- Basuh bersih cili kering. Sis suka pakai yang jenis besar kalau taknak pedas sangat. Kalau guna yang kerinting tu ia akan jadi pedas hangat. Ikut selera masing-masing nak guna cili yang mana.
- Dah basuh bilas, gunting buang biji. Biar sekejap dia kering. Ready untuk goreng.
- Goreng jangan lama-lama tau agak-agak garing je. Goreng pakai minyak banyak api sederhana. Jangan sampai hangit pula nanti tak sedap.
- Bila dah siap goreng cili, kalau nak goreng ikan bilis pun boleh.
- Kemudian, blend kering tanpa letak air.
- Masukkan bawang yang telah diblend halus. Goreng sampai garing. Angkat dan tos ketepi.
- Biarkan minyak dalam 1-2 sudu sahaja. Masukkan cili kering blend, gula 1-2 sudu, garam setengah sudu, serbuk perasa dan bawang yang digoreng. Masak sekejap je nak bagi sebati semua. Api perlahan je.
- Dah sebati, rasa kalau tak cukup gula & garam. Kalau dah okay tutup api.
- Selepas tutup api, masukkan bawang goreng (kalau malas guna je yang dalam paket tu) dan ikan bilis yang digoreng.
- Gaul sebati. Sedap garing-garing.
Bila dah siap sambal ni, sesuai sangat kalau nak makan dengan roti.
Kredit: Lia Dahlia
Baca juga:
Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!
Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini