sambal ayam penyet resepi

Kalau tengah cari sambal ayam penyet resepi yang pedas, wangi dan tahan lama, inilah yang patut dicuba!

Sambal ini bukan sekadar untuk ayam penyet, tapi juga sesuai dimakan dengan ikan bakar, sotong, udang atau daging.

Rasa dia pedas menyengat tapi seimbang dengan aroma bawang, belacan dan daun salam yang wangi. Jom cuba buat!

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Kisar Tahan Lama, Jadi Stok ‘Emergency’ Bila Tiba-Tiba Lapar!

SAMBAL AYAM PENYET RESEPI PALING PADU

sambal ayam penyet resepi

Bahan-bahan:

  • Cili padi secukupnya
  • Cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Minyak (lebihkan sedikit untuk menumis)
  • Daun salam
  • 1 kiub ayam (optional)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Kisar cili padi, cili merah, bawang besar, bawang putih dan belacan tanpa air. Kehalusan boleh ikut cita rasa masing-masing.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (guna minyak lebih sedikit).
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis bersama daun salam.
  4. Tambahkan kiub ayam jika suka, bersama garam, gula dan asam keping.
  5. Tumis hingga sambal garing dan pecah minyak.
  6. Bila dah siap, biarkan sambal sejuk dulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
  7. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Sambal ini memang serbaguna. Boleh juga makan dengan ayam penyet, ikan bakar atau daging pun sedap sangat. Bila ada stok dalam peti sejuk, senang nak keluarkan bila-bila masa. Pedas, wangi dan tahan lama. Memang wajib ada di rumah!

Sumber: Saah Abdullah

Baca juga: Resepi Sambal Balado Ala Indonesia, Padu Sangat Sampai Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN