Sambal Bawang SIMPLE Tapi Padu, Simpan Luar Peti Sejuk Pun Tahan Seminggu!
Sambal ni nak buat banyak pun boleh sebab sambal ni tahan lama. Kalau letak seminggu diluar peti pun masih boleh tahan lama.
Buat sikit rasa rugi sebab mesti ada yang ketagih lepas sekali cuba sambal ni. Kecur air liur dibuatnya. Memang tak tahan nengoknya.
Baca juga: Sambal Tumbuk Cili Hijau, Resipi Simple Tapi Memang Buat Makan Bertambah!
Resipi sambal bawang yang simple dan padu ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Cik Pooja. Hasil perkongsian beliau di Facebook, resipi ini mendapat 3.9k share.
Memang ramai yang teruja dan ingin mencubanya. Lebih-lebih lagi mereka si penggemar pedas.
Bahan-bahan:
*Semua bahan dibasuh bersih dan digoreng
Bahan lain:
Cara-cara membuat:
1. Goreng semua bahan dengan 1 cawan minyak masak. Nak letak minyak lebih pun takpe.
2. Goreng sampai bahan-bahan tadi jadi lebam.
3. Kemudian, bakar belacan atas api.
4. Dah siap goreng, masukkan semua bahan dalam bland termasuk minyak gorengan tadi.
5. Masukkan garam. Kemudian, masukkan ajinomoto. (kalau tak suka boleh gantikkan dengan gula)
6. Cara bland pun ada tipsnya. Kisar 2 atau 3 kali je dan jangan halus sangat.
7. Selepas di kisar, tuang dalam kuali dan masak sekejap. Kacau dalam 3-4 minit. Siap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu
Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk…
Roti bakar resipi ini sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau snek petang. Dengan hanya…
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…