Bagi anda yang gemarkan sambal, mari cuba buat Sambal Balado tanpa belacan ini. Hasilnya, tetap sedap dan sesuai bagi mereka yang tidak boleh makan belacan.
Hidangan sampingan ini terkenal kerana rasa pedasnya yang kuat dan kaya akan cita rasa. Umumnya diperbuat dari cili merah, bawang merah, bawang putih, dan bahan-bahan lain yang dihaluskan dan kemudian digoreng hingga masak.
Baca juga: Sambal Kelantan @ Sambal Mok, Resipi Turun-Temurun Arwah Nenek Mertua
Sambal balado biasanya mempunyai rupa merah terang dan tekstur yang agak tebal kerana bahan tumbuk. Hidangan ini biasanya dihidangkan sebagai pelengkap makanan, seperti nasi, ikan, ayam, telur atau lauk lain.
Terdapat beberapa variasi lain mungkin mengandungi tomato, serai, daun limau purut, atau bahan lain untuk memberikan aroma dan rasa yang lebih kompleks.
Ikuti resipi versi tanpa belacan ini menerusi perkongsian Ida Shahida ini.
Sambal sedap sangat sangat yang bestnya TANPA BELACAN jadi orang yang tak boleh makan belacan boleh makan.
Saya buat stok banyak supaya senang hari-hari boleh makan. Simpan dalam peti ais tidak akan basi dah bertahan lama iaitu selagi tidak habis selagi itulah boleh makan.
Bahan-bahan kisar:
Bahan lain:
Cara-cara penyediaan:
1. Letak kuali atas api dan panaskan. Kemudian, masukkan minyak satu cawan.
2. Apabila minyak sudah panas, masukkan pula bahan kisar
3, Digoreng bahan kisar sampai pecah minyak masukkan pula tomato, air limau nipis /asam keping, daun limau purut, garam, serbuk perasa ajinomoto/kiub ayam.
4. Kacau sampai tomato sedikit hancur, cili pecah minyak dan air kering.
5. Dah masak, boleh makan dengan ulam, ayam goreng, ikan rebus, ikan goreng, daging rebus atau apa saja yang menyelerakan anda.
6. Siap!
Selamat mencuba resipi versi tiada belacan ini.
Baca juga: Sambal Ayam Gepuk Sedap, Ini RAHSIA Tahan Sampai Seminggu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…