Sotong kangkung merupakan hidangan yang wajib dicuba jika melancong ke Pulau Pinang. Hidangan ini jarang dibuat di rumah kerana lebih mudah jika dibeli.
Namun begitu, harga untuk sepinggan kecil boleh tahan mahal juga. Jadi, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Rasa juga akan menjadi lebih sedap kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan dijamin bersih.
Jom lihat resipi lengkap perkongsian oleh Puan Rosilawati Masri di bawah.
Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Bersihkan sotong. Ada orang basuh dengan cuka, kapur atau jus limau. Kemudian, potong mengikut saiz yang anda sukai.
2. Kemudian celur dalam periuk. Jangan terlalu lama, nanti keras.
3. Sementara itu, siang dan cuci bersih kangkung. Buang batang jika tidak suka.
4. Kemudian celurkan kangkung. Jangan terlalu lama, nanti layu dan tak rangup.
5. Sangai bijan dan kacang tanah.
6. Untuk kuah sotong kangkung pula, campur sos merah (lihat resipi di sini), petis (otak udang) dan sos plum. Gaul rata. Masukkan juga hirisan cili padi jika suka.
7. Susun kangkung di dalam pinggang. Kemudian letakkan pula sotong.
8. Tuang kuah yang kita buat tadi.
9. Akhir sekali, taburkan kacang tanah dan bijan yang disangai tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…