sagu gula melaka

Resipi Sagu Gula Melaka adalah hidangan yang mudah dan enak, terutamanya apabila dimakan dalam keadaan sejuk. Manisan ini sangat popular dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Untuk membuatnya, tidaklah sukar. Bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati. Jika anda terasa ingin menikmati Sagu Gula Melaka pada petang ini, anda boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh @thecookwife di TikTok.

Baca juga: Resipi Thai Red Ruby Dessert, Antara Pencuci Mulut Viral Dan Sedap!

RESIPI SAGU GULA MELAKA ANTI GAGAL

Tips: Guna teknik 5:30:5 (kiraan minit) untuk rebus sagu. 

Bahan-bahan sagu:

  • 1 liter air
  • 150 gram sagu
  • Pewarna makanan yang disukai

Bahan-bahan air gula:

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan 1 liter air dan masukkan 150 gram sagu. Tutup dan rebus selama 5 minit. Kacau sesekali.

2. Selepas 5 minit, tutup api dan biarkan dalam keadaan tertutup selama 30 minit.

3. Selepas 30 minit, hasilnya sagu akan mengembang cantik dan tidak keras.

4. Tambahkan air secukupnya dan rebus semula selama 5 minit. (kiraan masak bermula air mulai mendidih)

5. Selepas 5 minit, matikan api dan tapis sagu tadi. Boleh asingkan sagu dalam bekas dan warnakan ia dengan pewarna makanan yang disukai. Siap.

6. Untuk air gula pula, masakkan 500 ml air dan masukkan daun pandan yang sudah diikat serta gula kabung. Masak sehingga gula cair. Siap.

7. Cara nak hiaskan, mula susun sagu berlainan warna di dalam gelas.

8. Kemudian, masukkan sedikit susu sejat. Akhir sekali, tuang air gula di atasnya. Sedia untuk dihidang atau chill dahulu dalam peti sejuk dan hidangkan secara sejuk.

Video penuh:

Selamat mencuba.

Sumber: TikTok @thecookwife

Baca juga: Cara Buat Creme Brulee Dessert Perancis, Hanya Gunakan 3 Bahan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN