sotong goreng tepung

Jika beli di kedai, pasti akan kecewa dengan sotong goreng tepung yang tidak menepati citarasa. Jarang sekali jumpa kedai menjualnya yang betul-betul sedap dan puas hati bila dimakan.

Mungkin ada juga yang pernah cuba buat sendiri di rumah, tetapi tepung tidak melekat pada sotong apabila digoreng. Bukan itu sahaja, ramai yang mengalami kejadian sotong ‘meletup’ ketika sedang menggoreng menyebabkan ramai yang serik untuk membuatnya.

Tak perlu risau lagi, jika anda ikuti langkah demi langkah cara membuatnya di bawah, dijamin sotong anda akan menjadi cantik sempurna selepas digoreng. Semoga bermanfaat!

Rahsia Sotong Goreng Tepung Jadi Lebih Rangup

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Tepung bestari
  • Telur
  • Tepung beras

Cara-cara:

  1. Potong sotong menggunakan gunting atau pisau.
  2. Perap sotong bersama tepung bestari yang dibancuh bersama air.
  3. Selepas 10 minit, masukkan telur dan gaul sebati.sotong celup tepung
  4. Sediakan bancuhan tepung bestari dan sedikit tepung beras.
  5. Pindahkan sotong yang diperap tadi ke campuran tepung kering tadi.
  6. Tutup bekas dan goncang-goncang sehingga semua sotong bersalut rata dengan tepung kering.sotong celup tepung
  7. Ini hasilnya selepas digoncang tadi.
  8. Goreng dalam minyak yang panas.sotong celup tepung
  9. Siap!
  10. Sotong celup tepung rangup di luar, lembut di dalam. Selamat mencuba!sotong celup tepung

Kredit: Meens Yusoff

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN