cacing ikan kerisi

Sedapnya ikan kerisi, lagi-lagi kalau dilumur garam dan kunyit kemudian digoreng sehingga garing. Makan satu lauk ini dengan nasi panas-panas pun dah cukup umphh!

Mana-mana ikan perlu disiang dengan betul supaya semua ‘benda kotor’ dicuci dengan bersih. Tapi rupanya ramai yang belum tahu cara mencuci ikan kerisi dengan betul selepas membaca perkongsian oleh seorang wanita ini.

Beliau mendedahkan rupanya ada cacing halus tersembunyi pada sirip ikan kerisi yang ramai tak tahu. Jom lihat perkongsiannya di bawah beserta tips dan petua untuk membuang cacing tersebut.

Cara bersih ikan kerisi

Bagi yang tak tau lagi atau yang tak perasan selama ni, atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi yang KakMung boleh memang semua ada cacing² halus tu atas belakang tu..

Gunting sirip atas belakang ikan

Jadi cara KakMung buang cacing² tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi yang kita buat cukil gigi, cungkil buang cacing² yang ada tu, boleh katakan atas seekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu, pastu baru belah belakang dia..

Gambar cacing yang tu je sempat KakMung ambik, naik geli gelemang pulak KakMung tengok ke cacing² halus tu..

Ikan kerisi memang sedap weh, lagi-lagi kalau goreng belah blakang atau masak singgang pedas.. lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung.

Kredit: Solina Mahmud

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN