Perkara pertama yang perlu diperiksa setiap kali membeli atau menggunakan barang dapur adalah tarikh luput pada label makanan.
Antara istilah penting yang digunakan pada label makanan ialah ‘Tarikh Luput’ (Expired Date), ‘Guna Sebelum’ (Use By) dan ‘Baik Sebelum’ (Best Before) tapi ramai yang masih keliru dengannya.
Walaupun tarikh luput sudah berlalu, namun masih ramai yang menganggap selagi tak berubah rasa dan teksturnya, boleh digunakan seperti biasa.
Kita tak tahu sejauh mana produk itu selamat digunakan. Oleh itu, kita perlu kenal pasti tentang perbezaan ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’ pada label makanan.
Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!
Istilah ‘Tarikh Luput’ adalah paling mudah dan kerap dijumpai pada produk yang bermaksud anda hanya boleh makan atau minum produk itu sehingga tarikh akhir yang tertera.
Jika produk itu sudah melebihi tarikh yang dinyatakan, bermakna ia tak boleh dimakan atau diminum lagi kerana dikhuatiri terdapat pertumbuhan bakteria berbahaya kepada kesihatan.
Senang cerita, jangan masak, makan atau bekukan, terus buang saja selepas tarikh yang tertera pada produk.
Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti produk yang berbentuk cecair ataupun susu formula.
Jika sesuatu produk mempunyai istilah ‘Guna Sebelum’, maksudnya anda hanya boleh makan produk itu sehingga tarikh yang dinyatakan saja.
Anda mungkin akan hadapi risiko jika makan produk itu selepas tarikh yang dinyatakan. Selain itu, produk yang gunakan istilah ini hanya boleh disimpan dan dibekukan sehingga tarikh yang dinyatakan saja.
Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti daging dan ikan yang sudah dibungkus atau makanan kering.
Jika anda mendapati produk itu mempunyai istilah ‘Baik Sebelum’, bermakna ia masih selamat untuk dimakan selepas tarikh yang dinyatakan.
Namun, tarikh yang dinyatakan itu adalah untuk memaklumkan bahawa makanan tersebut memiliki kualiti terbaik jika dimakan sebelum tarikhnya.
Jika lebih daripada tarikh yang tertera, kemungkinan rasa dan kualiti produk akan ada sedikit perubahan.
Biasanya produk yang menggunakan istilah ini adalah seperti makanan kering, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.
Buat anda yang suka beli barang dapur secara borong, jangan lupa untuk lihat tarikh luput yang ada pada label makanan sebelum membelinya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: iloveborneo, NorbayaDahalan
Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…