Nak sediakan sarapan sedap untuk keluarga tersayang di rumah cukup mudah dengan membuat resipi Roti Wrap yang cukup ringkas.
Roti Wrap juga dikenali sebagai tortilla iaitu hidangan yang diperbuat daripada roti leper lembut yang membungkus lauk dan sayur sebagai inti.
Selain nasi dan roti gandum penuh, Roti Wrap merupakan salah satu pilihan lain sebagai sumber karbohidrat yang boleh diambil untuk sarapan atau makan tengah hari.
Resipi Roti Wrap yang dikongsikan oleh Madam B di Facebook ini cukup mudah dalam masa 10 minit saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Roti Kukus Terlajak Gebu, Lembut Macam Ini Memang Puas Makan!
Bahan Bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong bawang holland, cili atau lada benggala, daun kucai, daun bawang, timun jepun dan tomato dalam bentuk dadu kecil-kecil.
2. Selepas itu, gaulkan semuanya dan perah sedikit lemon, kemudian tuang telur ke dalam adunan dan gaulkan semula bagi rata.
3. Panaskan roti roll-up wraps dalam air fryer dengan suhu 150ºC dalam air fryer selama 5 minit.
4. Masukkan bahan gaulan di atas roti roll-up wraps dan tetapkan suhu 180ºC selama 5 minit.
5. Setelah selesai, bawa keluar dan gulung cantik. Siap untuk dihidang!
Walaupun sekejap saja sudah siap, namun anda akan terkejut dengan hasil Roti Wrap yang lembut berjus, sayur-sayuran tak terlebih masak dan telurnya dimasak sempurna.
Anda boleh gunakan pelbagai bahan untuk dijadikan sebagai intinya seperti hirisan daging lembu, ayam, ikan, telur, keju atau pelbagai sayur-sayuran seperti bawang, sawi dan lain-lain.
Resipi ini sangat sesuai buat mereka yang nak cepat siap pada waktu pagi, keluarga anda pun mesti suka sarapan ringkas tapi sedap seperti hidangan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Madam B
Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…