Siapa yang masih ingat roti sardin yang sering makcik kantin jual waktu zaman sekolah dulu? Kalau cuba buat di rumah, lain pula rasanya.
Nak resipi roti sardin yang hampir sama dengan zaman sekolah, jom tengok cara-caranya di bawah.
Resipi oleh Cik Puan Ct Nazura ini pasti akan menggamit memori zaman remaja anda.
Baca juga: Rahsia Kesedapan Tomyam Macam Dekat Kedai Thai, Confirm Jadi!
Bahan-bahan Inti (untuk 1 tin besar sardin):
Cara-cara membuat inti:
1. Blender bawang merah, bawang putih, dan cili kering sehingga lumat.
2. Tumis bahan yang telah diblender dengan sedikit minyak sehingga agak kering.
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan hancurkan sedikit ikan sardin tersebut.
4. Kacau rata dan tambahkan garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga sebati, kemudian masukkan perahan limau nipis.
6. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah yang telah dihiris. Kacau hingga semuanya masak. Rasa dan sesuaikan perasa. Inti yang sedikit manis lebih sedap.
Bahan-bahan bancuhan tepung:
Cara-cara membuat bancuhan tepung:
1. Campurkan air dalam bekas bersama garam secukup rasa.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan tepung beras. Kacau hingga bancuhan tidak terlalu pekat.
Cara membuat roti gulung sardin:
1. Ambil sehelai roti dan letakkan inti di atasnya.
2. Gulung roti dan gamkan dengan bancuhan tepung tadi.
3. Golekkan roti gulung dalam bancuhan tepung.
4. Panaskan minyak dan goreng roti gulung sehingga keemasan.
Selamat mencuba!
Sumber: CT Nazura
Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…