Kalau anda sedang cari idea menu cepat dan sedap, roti sardin viral ini memang wajib cuba. Walaupun trendnya dah lama lalu, resipi ini masih jadi pilihan ramai sebab cara buatnya sangat senang dan rasanya memang padu.
Perkongsian daripada pengguna Facebook, Mya Ja’amat ini kembali mencuri perhatian bila ramai yang cuba dan akui hasilnya memang sedap. Lebih menarik, ia sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Resipi Mudah Roti Sira Kelantan Lemak Manis, Menu Ringkas Sarapan Atau Minum Petang Di Rumah
Antara sebab roti sardin viral ini jadi kegemaran ramai:
Sekali cuba, memang boleh jadi menu ulang setiap minggu!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Hancurkan sardin dalam mangkuk menggunakan garfu.
2. Hiris halus bawang besar, daun bawang dan cili.
3. Pecahkan telur, kacau dan masukkan ke dalam sardin.
4. Masukkan bahan hirisan, lada dan garam. Gaul hingga sebati.
5. Asingkan adunan jika nak buat versi tak pedas untuk anak.
6. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
7. Celup roti ke dalam adunan dan goreng hingga keemasan.
8. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
Tips Supaya Lagi Sedap
Roti Sardin Viral, Menu Mudah Tapi Memang Padu
Tak perlu bahan mahal atau teknik susah, roti sardin viral ini dah cukup untuk buat seisi keluarga makan bertambah. Sesuai sangat untuk hari sibuk atau bila tak ada idea nak masak apa.
Kalau anda belum cuba lagi, memang rugi. Simpan resipi ini dan cuba sendiri, confirm jadi kegemaran di rumah!
Selamat mencuba!
Sumber: Mya Ja’amat
Baca juga: Ini Cara Buat Roti Goreng Ayam Cheese Meleleh Viral Di TikTok, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!
Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…