Categories: Resipi

Roti Sardin Goreng Tanpa Telur, Sedapnya Boleh Tahan Sampai Petang!

Setiap kali nampak rakan di media sosial kongsikan hidangan sarapan yang sedap seperti Roti Sardin Goreng, memang terliur dibuatnya.

Roti Sardin Goreng merupakan antara roti yang disukai ramai dan sering dijual di kedai makan atau peniaga di tepi jalan.

Melalui video perkongsian oleh mill.anwar di TikTok, resipi Roti Sardin Goreng yang dibuatnya cukup menarik dan sedap walaupun tanpa telur. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Kukus Terlajak Gebu, Lembut Macam Ini Memang Puas Makan!

RESIPI ROTI SARDIN GORENG

Bahan untuk roti sardin:

  • 1 tin sardin (saiz kecil)
  • ½ biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ biji limau nipis
  • Roti secukupnya

Bahan untuk bancuhan tepung:

  • 2 senduk tepung goreng
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, lenyekkan sardin dalam mangkuk dahulu, kemudian boleh potong bawang merah secara dadu dan hiris cili padi kecil-kecil.

2. Masukkan potongan bawang merah dan cili padi ke dalam mangkuk berisi sardin tadi, gaul dan panaskan dalam periuk. Letak garam dan perah limau nipis, kemudian sejukkan.

3. Setelah sejuk, ambil roti dan sendukkan sardin ke atas roti, kemudian ambil roti lain dan letak atasnya, boleh potong kepada 4 bahagian supaya mudah makan.

4. Bagi menyediakan bancuhan tepungnya, hanya perlu campurkan tepung goreng, tepung jagung dan air secukupnya. Pastikan tak terlalu cair atau pekat, agak-agak saja.

5. Panaskan minyak dan celupkan roti ke dalam bancuhan tepung, kemudian boleh goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Bukan saja ia boleh dinikmati tak kira waktu pagi atau petang, malah Roti Sardin Goreng ini akan bertambah menyelerakan apabila adanya teh atau kopi panas di sisinya.

Jika tiada idea untuk sarapan atau minum petang, bolehlah buat roti ini dan hidangkannya untuk keluarga tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: mill.anwar

Baca juga: Roti Tuna Gulung Viral Buat Ramai ‘Berhantu’, Makan Sekali Mesti Nak Lagi

Aimi

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

13 hours ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

14 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

16 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

16 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

1 day ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

1 day ago