
Sardin sentiasa menjadi pilihan lauk minit terakhir untuk alas perut apabila tak sempat nak masak. Tapi siapa sangka, cara masak sardin sedap ini buat hidangan jadi lebih istimewa.
Ida Shahida telah kongsikan cara masak sardin sedap di Facebook yang hasilnya bukan saja sedap, malah buat anda puas hati tengok keluarga makan dengan berselera. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Ini Tunjuk Cara Buat Sardin Homemade, Lembut Sampai Tulang Pun Boleh Makan!
CARA MASAK SARDIN SEDAP

Bahan-bahan:
- 7 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 biji bawang besar (potong tebal dan bulat)
- 1 keping kecil asam keping
- ½ cawan air
- 2 hingga 3 sudu besar cili kisar
- 1 tin sardin tin besar
- Garam secukupnya
- 10 hingga 15 biji cili padi (jangan dibelah)
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- Gula secukupnya
- ¼ cawan minyak (untuk menumis)
- 3 tangkai daun kari (jika ada)
- 2 helai daun salam (jika suka)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dengan api kuat.
2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
3. Selepas itu, masukkan daun kari dan daun salam, kacau sekejap sampai wangi.
4. Seterusnya, masukkan cili kisar dan kacau sampai pecah minyak.

5. Perlahan-lahan masukkan sardin, gula, garam, asam keping, cili padi dan kicap. Gaul perlahan saja supaya ikan tak hancur.
6. Kemudian, masak dengan api sederhana lebih kurang 10 minit.
7. Akhir sekali masukkan air (lebih baik air masak panas atau sejuk), kemudian biar mendidih sekejap dengan api perlahan dalam 5 minit. Siap untuk dihidang!
Setelah cuba cara masak sardin sedap ini, pasti anda sendiri pun terasa perbezaannya. Sardin tin yang sering dianggap lauk mudah, boleh bertukar menjadi lauk kegemaran sekeluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Shahida
Baca juga: Resepi Sardin Black Pepper, Lauk Bajet Tunggu Gaji Tapi Sedapnya ‘Next Level’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














