Categories: Resipi

Cara Buat Roti Manis Gaya Orang Dulu, Lembut Bak Baldu!

Roti manis adalah hidangan klasik yang sesuai untuk sarapan atau minum petang. Dengan bahan asas yang mudah didapati, resipi ini menghasilkan roti yang lembut dan harum.

Sempurna untuk dikongsi bersama keluarga, jiran, atau dinikmati sendiri. Resipi ini menghasilkan 2 loyang roti manis, cukup untuk dikongsi bersama jiran dan anak-anak.

Selain itu, anda juga boleh mencuba membuat Roti Boy menggunakan adunan ini. Roti ini paling enak dinikmati bersama secawan kopi panas.

Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat roti manis.

Baca lagi: Kuih Tepung Pasung Atau Kuih Serunai Untuk Minum Petang, Mudah Dan Memang Sedap!

RESIPI ROTI MANIS

Bahan-Bahan Roti Manis

Untuk Yis:

  • 1 paket yis kering
  • 1 sudu besar gula
  • 2 mug air suam

(Campurkan semua bahan ini, kacau, dan biarkan sehingga yis berbuih.)

Untuk Doh:

  • 1kg tepung gandum
  • 6 sudu besar gula
  • 4 sudu besar majerin
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu kecil baking powder (boleh gantikan dengan bread improver jika ada)
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan

1. Campurkan semua bahan doh dalam mangkuk besar. Gaulkan hingga rata.

2. Masukkan yis yang telah berbuih ke dalam campuran tepung.

3. Uli adunan sehingga menjadi doh lembut. Jika doh terlalu lembik, biarkan sahaja kerana selepas diperap ia akan lebih mudah diuli. Jika terlalu keras, tambahkan sedikit air.

4. Uli doh selama lebih kurang 20 minit secara manual. Jika menggunakan Bread Maker, proses ini menjadi lebih mudah.

5. Tutup doh dan biarkan ia perap selama 1 jam sehingga doh mengembang dua kali ganda.

6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Uli sekejap dan biarkan doh perap sekali lagi selama 30 minit.

7. Bentukkan doh mengikut saiz dan bentuk yang diingini, seperti roti kecil atau roti paung.

8. Setelah dibentuk, perap doh lagi sehingga ia naik semula.

9. Sapu permukaan doh dengan kuning telur untuk menghasilkan permukaan yang berkilat.

10. Panaskan oven pada suhu 180°C. Bakar doh selama 30 minit menggunakan api atas dan bawah.

11. Jika anda suka roti lebih perang, tambahkan masa beberapa minit lagi.

12. Setelah roti keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan mentega, majerin, atau planta untuk memastikan ia kelihatan berkilat dan kekal lembut.

Sumber: Pn Habsah Ngah 

Baca lagi: Buat Sendiri Matcha Latte Paling Sedap Di Rumah, Tak Perlu Beli Lagi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

2 days ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

2 days ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

2 days ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

2 days ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

2 days ago