puding roti karamel

Kalau ada lebihan roti yang tak habis, korang jangan buang tau sebab boleh buat pencuci mulut puding roti karamel untuk minum petang.

Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan cara-cara membuatnya juga tak leceh.

Kalau nak tahu cara-caranya, jom baca perkongsian dari Fauziah Ali di bawah. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk!

Resipi Puding Roti Karamel

Bahan-bahan untuk karamel:

  • 3 sudu besar gula

Cara-cara buat karamel:

1. 3 sudu besar gula pasir ditaburkan ke dalam loyang ukuran 7” x 7” dan letak atas api yg perlahan.

2. Biarkan sampai gula cair dan berwarna keperangan dan ratakan. Ketepikan loyang.

Bahan-bahan untuk puding:

  • 5 keping roti dicarik kecil-kecil
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Susu cair 1 tin
  • 1 tin air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur gred B atau 3 biji gred A

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus.

2. Masukkan susu cair, susu pekat manis, air suam dan roti ke dalam blender. Kisar sampai halus.

3. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan kisar tadi. Kisar sekejap.

4. Tapis bahan yang telah dikisar ke dalam loyang karamel tadi.

5. Kukus puding selama 45 minit hingga masak dengan api sederhana. Lapikkan penutup pengukus dengan kain atau tuala supaya air tidak menitik ke atas puding.

6. Sejukkan puding terlebih dahulu baru diterbalikkan dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Fauziah Ali

Baca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN