Jom cuba resipi yang simple tapi sangat sedap iaitu roti kering bergula. Kalau ada roti yang hampir tamat tempoh, sangat sesuai cuba resipi ini.
Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang cepat, roti kering bergula ini pasti memikat hati semua orang di rumah!
Roti kering bergula ini bukan sahaja sedap, tapi juga cara yang bijak untuk mengelakkan pembaziran makanan. Cuma sapu mentega pada roti, tabur gula dan bakar.
Hasilnya, roti akan jadi krup-krup dan rasa manis yang disukai ramai. Snek ini boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan dinikmati bila-bila masa.
Jadi, jom kita lihat bagaimana nak buat roti kering bergula yang mudah dan sedap ini seperti perkongsian di bawah.
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
CARA BUAT ROTI KERING BERGULA
Bahan-bahan:
- Roti yang hampir tamat tempoh
- Planta atau marjerin
- Gula
Cara-cara:
- Sapu rata planta atau marjerin pada permukaan roti. Pastikan semua bahagian roti disapu dengan rata.
- Taburkan gula secara merata di atas roti yang telah disapu marjerin.
- Potong roti kepada dua bahagian jika perlu.
- Letakkan roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar selama 25 hingga 30 minit.
- Semasa proses membakar, intai roti dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak hangus. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.
Kredit resipi dan gambar: Saidatul Arnie
Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Cornflakes, Sedapnya Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam