Jom buat Roti Jala Jelita guna sukatan cawan untuk juadah hari ini. Memang sedap dinikmati pada waktu petang bersama teh atau kopi panas.
Biasa makan roti jala warna kuning kan? Tapi tahu tak sekarang ni ada pelbagai warna roti jala. Ada warna merah, hijau, kuning, biru dan yang terbaru sekarang ni adalah roti jala jelita ini.
Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!
Jom ikuti resipi unik dari perkongsian Nor Azaliza Tarmizi atau lebih mesra dipanggil Cikgu Liza ini. Nampak menarik dan senang untuk kita follow. Step by step sama saja macam kita buat roti jala yang biasa kita makan tu.
Memang lawa dan jelita roti jalanya sampai sayang pula nak makan. Instagrammable sangat!
Bagi yang nak belajar buat roti jala jelita yang sedap, boleh ikut resipi yang MyResipi kongsikan di bawah ini. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.
Bahan-bahan:
*Sukatan ni semua guna measuring cup dan measuring spoon
Cara-cara membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.
2. Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus dan sebati. Adunan akan jadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Asingkan adunan mengikut warna yang dikehendaki. Warna tak perlu banyak sangat sebab bila masak warnanya jadi lebih gelap.
4. Panaskan kuali non-stick dan jalakan adunan. Gunakan api perlahan dan lengserkan sedikit minyak sesekali untuk menjala adunan.
5. Angkat roti jala apabila sedikit garing atau tidak melekat dan gulungkan. Jangan terlalu garing, nanti roti jala patah bila digulung.
6. Siap untuk dihidangkan.
Kepada yang nak mencuba menu baru iaitu roti jala jelita ini boleh cuba ikut sahaja resipi ini. Agak mudah dan sesiapa pun yang mencuba, pasti akan mudah faham dan berhasil.
Kuih ini sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga. Simpan dulu resipi ini supaya mudah nak rujuk kembali. Untuk yang nak mencuba MyResipi ucapkan selamat maju jaya dan selamat mencuba!
Baca juga: Kuih Cara Berlauk Inti Daging, Buat Guna Acuan Kuih Tradisional
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…