Menu roti canai sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutamanya, ketika sarapan pagi atau lepak di kedai mamak. Ia telah menjadi kesukaan kita bahkan terdapat pelbagai roti seperti roti telur dan juga roti sardin.
Yang paling sedap adalah bila roti itu ditambah dengan kuah yang banjir. Perkara itu sangat signifikan dengan semua yang suka duduk di mamak.
Penat kunyah roti canai liat, tetapi rupanya itu adalah tali mop
Apa yang terjadi kepada wanita ini sehingga video yang dimuat naik ke akaun Tiktok miliknya ‘viral’ baru-baru ini.
Video yang dikongsi oleh yonabii_ yang merupakan rakan kepada mangsa itu telah menunjukan reaksi kawannya seperti sedih dan trauma kerana telah menjumpai benda yang tidak diingini di dalam makanan miliknya.
Perkongsian ini membuatkan ramai netizen berkongsi pengalaman mereka semasa berada di kedai mamak. Ada juga yang seakan-akan telah ‘boikot’ mamak kerana perkara yang pernah terjadi kepada mereka dahulu kala.
Namun perkara itu dapat dielakkan jika pelanggan dapat membuat pilihan bijak dengan pergi ke restoran atau kedai yang lebih bersih persekitarannya.
@yonabii_ trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia
Baca juga:
Bangla Makan Nasi Lauk Bawang & Cili Raih Perhatian Netizen, Rupanya Ini Sebabnya..