roti canai simpleKalau anda bosan makan di luar, jom cuba resipi roti canai simple. Buat banyak-banyak, boleh simpan frozen dan kalau nak makan tinggal panaskan sahaja.

Roti canai kebiasaannya cicah bersama kuah kari, sambal tumis, dhal dan juga ada yang gemar makan dengan susu pekat. Sedap manis melikat!

Lagi puas hati makan kalau buat sendiri, kan?

Jom tengok resipi oleh Azura Yusoff yang confirm kena dengan tekak orang melayu 

Baca juga: Apam Gula Hangus Kukus, Ikut Resipi Ini Pasti Dapat Cantik Berongga!

RESIPI ROTI CANAI SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar pelembut roti
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 500 ml air sejuk dari peti sejuk
  • 3 sudu besar air panas

Cara Penyediaan:

1. Masukkan garam, gula, dan susu pekat ke dalam bekas.

2. Tambahkan 3 sudu besar air panas.

3. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang sama.

5. Kacau hingga larut.

6. Masukkan pelembut roti.

7. Kacau hingga sebati.

8. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus menguli adunan.

9. Uli adunan selama kira-kira 30 minit hingga menjadi lembut.

10. Bulatkan adunan menjadi doh-doh kecil.

roti canai simple

11. Lumurkan setiap doh dengan marjerin.

12. Simpan doh-doh kecil dalam bekas kedap udara.

13. Biarkan doh berehat selama 6-7 jam.

14. Bentukkan setiap doh.

15. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali.

16. Masak roti canai sehingga separuh masak untuk roti canai segera.

17. Jika mahu makan terus, masak hingga sepenuhnya.

roti canai simple

18. Boleh dinikmati bersama kuah dhal atau kuah kari mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Azura Yusoff

Baca juga: Resipi Popia Daging Karamel, Buat Banyak Terus Boleh Frozenkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN