Masakan ala-ala cina (Maaf, dlm gambar tak letak daun sup & bawang goreng)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Wantan Ayam Sup
Masakan ala-ala cina (Maaf, dlm gambar tak letak daun sup & bawang goreng)
BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus kulit wantan
- Isi ayam yg telah dikisar
- 1 bungkus kecil serbuk Secukup Rasa Maggi
- Garam
- Daun Sup
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
- Gaul isi ayam yg telah dikisar dgn secubit garam.
- Buka satu kulit wantan. Letakkan isi ayam yg sudah di gaul dgn garam di atas tgh2 kulit wantan dan balutkan. Ulangi satu persatu sehingga kulit wantan atau isi ayam habis.
- Bila isi ayam sudah habis dibalut dgn kulit wantan, rendam di dlm sedikit air panas utk mengurangkan rasa tepung yg ada di kulit wantan. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan.
- Utk sup, masukkan 2 atau 3 cawan air ke dlm periuk. Bila sudah mendidih, masukkan serbuk Secukup Rasa Maggi. Kemudian, masukkan wantan ayam yg telah di toskan ke dlm periuk.
- Bila wantan kelihatan sudah masak, letakkan ke dlm mangkuk berserta dgn sup nya sekali. Taburkan daun sup dan bwg goreng ke dlm wantan yg telah masak. Kemudian, hidangkan. *Selamat mencuba.. :) *
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.