Kek yang agak popular di England, diajar oleh pensyarah English masa kelas. Kelas English jadi kelas memasak pula. Tapi tersilap sedikit, belah atasnya nipis. Kalau ada yang buat cantik nanti bolehlah tukar gambar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Victoria Sponge Cake

Kek yang agak popular di England, diajar oleh pensyarah English masa kelas. Kelas English jadi kelas memasak pula. Tapi tersilap sedikit, belah atasnya nipis. Kalau ada yang buat cantik nanti bolehlah tukar gambar.

BAHAN-BAHAN

  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 100g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil kulit lemon (dipotong kecil)
  • Jem strawberi
  • Krim putar
  • Strawberi
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung dan serbuk penaik. Panaskan oven ke 190C.
  • Pukul mentega dan gula sampai kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung, serbuk penaik dan kulit lemon. Pukul lagi.
  • Bahagikan adunan pada 2 dan bakar separuh-separuh selama 20 minit setiap satu.
  • Bila kek dah sejuk, sapukan jem pada satu kek dan letak kek satu lagi di atasnya.
  • Untuk hiasan. Pukul krim dan gula seperti arahan pada kotak dan sapukan atas kek.
  • Hias dengan strawberi yang dipotong dua.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN