Kek lapis buah2an kering yg dikukus menggunakan gula melaka bagi menambah kelainan rasa pd kek ini…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?Velvet Steamed Fruit Cakeâ¢
Kek lapis buah2an kering yg dikukus menggunakan gula melaka bagi menambah kelainan rasa pd kek ini…
BAHAN-BAHAN
- 225 g gula melaka
- 220 g tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 sb ovallete
- 5 biji telur – grade A yg sejuk
- 150 ml susu sejat
- 1/2 sk garam
- 100 ml minyak jagung/mentega cair
- 120 g mixed fruits – dipotong kecil jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Tepung dan baking powder di ayak.Gula melaka di racik halus dan buang kekotoran yang ada.
- Dalam mangkuk pengadun,satukan kesemua bahan kecuali minyak dan mixed fruits.Pukul hingga adunan kembang dan pekat.
- Masukkan minyak dan kaup-balikkan dlm adunan hingga sebati.Adunan dibahagi 3 bahagian utk menjadikan 3 lapis kek.
- Tuang 1 bahagian adunan dlm loyang yg digris dan alas kertas dan tabur sedikit mixed fruits rata2 pd lapisan pertama dan kukus selama 15 min.
- Ulang melapis lapisan ke 2 dan 3 sambil ditabur mixed fruits rata2 dan untuk lapisan ke3 kukus selama 20 min.
- Biar kek yg telah masak di dlm loyang seketika dan balikkan di atas redai kek supaya sejuk sepenuhnya.Siap untuk disajikan.
- ***Kek boleh dijadikan 2 lapis sahaja,jadi adunan dibahagi 2 dan ikut step 4 dan seterusnya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.