Ala-ala kerabu tapi javanese (jawa) style

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Urap Pucuk Ubi

Ala-ala kerabu tapi javanese (jawa) style

BAHAN-BAHAN

  • Seikat pucuk ubi (dlm 300gm lbh kurang)
  • Sedikit taugeh dibuang ekor
  • 2 sudu besar lada boh
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit
  • * 6-8 cekur (ikut saiz)
  • * 1 sudu besar udang kering direndam
  • * 7-8 biji cili padi
  • 2-3 helai daun cekur dihiris halus
  • 100 gm kelapa parut
  • 2 susu besar air asam jawa
  • garam, gula n perasa ikut suka
CARA PENYEDIAAN
  • Celur pucuk ubi dlm air panas yg diletakkan sedikit minyak. Bila pucuk ubi masak angkat dan toskan airnya. Kepal pucuk ubi kuat supaya air betul2 kering. Potong halus2 dan ketepikan.
  • Tumis lada boh hingga garing. Kisar bahan bertanda*. Masukkan dlm lada boh yg telah garing tadi. Tumis hingga naik bau. Letak air asam jawa. Tumis hingga betul2 kering.
  • Masukkan gula, garam, perasa dan kelapa parut. Gaul rata. Akan jadi mcm ala2 serunding. Bolehlah masukkan pucuk ubi, gaul rata masukkan hirisan daun cekur n taugeh. Tutup api n siap….
  • Boleh juga gantikan pucuk ubi dgn daun selom atam kacang botol tapi jgn celur hiris halus jer.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN