sajian enak utk kesihatan dan awet muda

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Urap Pegaga dan Selom

sajian enak utk kesihatan dan awet muda

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm daun pegaga(diracik)
  • 200 gm daun selom (diracik)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan bakar
  • segenggam udang kering
  • 4-5 biji cili padi
  • 2 sm halia muda
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
  • garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
  • Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Hidangkan.
  • **daun pegaga dan daun selom hendaklah dicuci bersih dgn air bergaram sebelum diracik
  • **kelapa parut tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng, boleh juga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN