Sebab dan tension tahap dewa dewi, jadi mulalah menggatal nak experiment buat cake…tapi rasa sedap, rupa ada sikit tak hansem laaa..tapi still ok….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Upsidedown Pineapple Cake

Sebab dan tension tahap dewa dewi, jadi mulalah menggatal nak experiment buat cake…tapi rasa sedap, rupa ada sikit tak hansem laaa..tapi still ok….

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan gula aising, diayak
  • 250 g cream cheese
  • 150 g mentega
  • 3 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh sodium bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar jem raspberry
  • Gegelang nenas secukupnya
  • Ceri merah secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Lenser acuan bulat berlubang tengah berukuran 35 cm, dgn mentega. Alas dasar tin dgn kertas dan sapur juga mentega pada permukaan kertas. Tabur sedikit tepung dan ketuk keluar lebihannya.
  • Krim mentega, cream cheese dan gula aising hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memukul dgn kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  • Masukkan tepung berselang seli dgn susu hingga habis, gunakan kelajuan sederhana masa proses ini.
  • Akhir sekali masukkan jem raspberry. dan gaul hingga rata…jgn gusar jika ada ketulan jam dalam adunan kek anda…
  • Sementara itu, susun kepingan nenas pada dasar tin (masa nie boleh susun ceri kat lubang nenas tu, maaf mat kehabisan ceri botak, cuma ada ceri tangkai saja kat rumah).
  • Tuang adunan tadi atas nenas dan ratakan. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 – 35 minit.
  • Bila kek masak (dgn mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, dan jika keluar bersih. ok kek dah masak). Keluarkan dari oven, sejukkan 5 minit dan terbalikkan kek, tanggalkan kertas alas dan biar sejuk atas redai…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN