Resipi mak mertua dan belajar dari suami.. Boleh juga gunakan resipi ni untuk itik, ayam tua, daging atau ayam biasa. Tempoh memasak dalam 2 jam untuk memastikan daging empuk.
http://yanishak.blogspot.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

UNGKEP AYAM KAMPUNG

Resipi mak mertua dan belajar dari suami.. Boleh juga gunakan resipi ni untuk itik, ayam tua, daging atau ayam biasa. Tempoh memasak dalam 2 jam untuk memastikan daging empuk.
http://yanishak.blogspot.com

BAHAN-BAHAN

  • 5 sudu teh ketumbar
  • 3 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintah putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai – diracik
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai – dititik
  • Air asam jawa – agak2 la ikut kemasaman asam jawa korang
  • Santan – Agak2 jek sebab xnk terlalu berlemak, kalau xnk letak pn xpe
  • Seekor ayam kampung yang telah dipotong
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula
  • Cili padi – sekiranya ingin pedas
  • Sehelai daun kunyit – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Kisar ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit, serai, bawang merah dan bawang putih.
  • 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar dan 3 batang serai yang dititik tadi hingga naik bau dan naik minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan juga air dan biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan santan dan air asam jawa. Masukkan juga garam dan gula.
  • Teruskan memasak sehingga kuah agak kering dan ayam telah empuk.
  • Masukkan daun kunyit, gaul sebati dan tutup api.
    Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN