Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Tepung

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 20 ekor udang besar (buang kepala)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh kunyit campur 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh gula
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 butir telur gred E
  • Air suam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos Thai:
  • 10 sudu besar sos cili
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2 sudu besar cuka
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk mengadun, adunkan tepung, serbuk penaik, kunyit, gula, garam, bawang putih, telur dengan air seperti mengadun cekodok.
  • Panaskan minyak. Celupkan seekor udang dalam adunan tepung dan kepalkan sedikit. (Adunan tepung ini kecairannya seperti membuat cokodok pisang). Biarkan nampak ekor udang. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas hingga garing.
  • Campurkan semua bahan sos Thai dalam periuk. Masak hingga pekat. Sedia dihidang dengan udang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN