Mesti buat… sebab sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Mentega Nestum

Mesti buat… sebab sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan Nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  • Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
  • Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan Nestum. Sedia untuk dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN