Lauk citarasa berbeza.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Udang Masak Nenas
Lauk citarasa berbeza.
BAHAN-BAHAN
- 12 ekor udang besar
- 3 potong nenas dalam tin (pakai nenas segar pun sedap)
- 4 cili kering dikisar halus (siapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
- 2 ulas bawang putih dimayang
- 1 diji bawang besar dimayang
- Sos cili
- Daun bawang
- Gula dan garam
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili masak hingga naik minyak.
- Masukkan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukkan nenas yang dipotong kecil-kecil bersama sedikit air. (Sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air).
- Akhir sekali masukkan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk disantap.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.