Masakan orang bujang!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Kerisek

Masakan orang bujang!

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm udang sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan kerisek
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu makan serbuk udang kering
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Buang muncung udang, bersihkan dan toskan.
  • Kisar serai, bawang putih dan merah, cili padi dan tumiskan sehingga wangi.
  • Masukkan udang bersama serbuk udang kering dan serbuk kunyit dan biarkan sehingga agak garing. (kalau nak masukkan serbuk udang kering dan serbuk kunyit dengan bahan tumis pun tidak menjadi masalah)
  • Masukkan air daripada udang yang ditoskan tadi dan masukkan kerisek. Kacau sebati.
  • Sesuaikan rasa dan angkat.
  • Taburkan sedikit bijan sangrai kalau suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN