Resipi asal dari Sparkpeople.ala2 cheese cake,tapi lebih santai…rasa tangy buah2an sitrus ni pasti menggiurkan tunas rasa anda :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Triple Citrus Bars

Resipi asal dari Sparkpeople.ala2 cheese cake,tapi lebih santai…rasa tangy buah2an sitrus ni pasti menggiurkan tunas rasa anda :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk Crust/base :
  • 1 1/2 cawan biskut digestive yang dah dikisar menjadi serbuk/crumbs(resipi asal gune animal craker/graham craker)
  • 3 sudu besar light brown sugar
  • secubit garam
  • 4 sudu besar butter,yang telah dicairkan dan disejukkan(suhu bilik)
  • Bahan untuk topping :
  • 1/4 cawan cream cheese
  • 1 tin susu pekat manis(sy gune 3/4 je..klu tak,manis sgt)
  • 1 1/2 sudu kecil parutan kulit oren
  • 1 1/2 sudu kecil parutan kulit limau
  • 1 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
  • secubit garam
  • 1 biji kuning telur
  • 6 sudu besar jus limau
  • 1 sudu besar jus oren
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Hiasan :
  • 3/4 cawan kelapa parut yang disangrai keemasan,dan rangup (optional.sy tak letak)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven kepada lebih kurang 170darjah celsius
  • Alaskan loyang pembakar(yang square 8X8inci.sy gune yg 11X9inci) dengan foil aluminium,lebihkan sedikit kelilingnya supaya senang
    nak keluarkan adunan yang dah dibakar nanti
  • Penyediaan crust:
    Dalam mangkuk besar,masukkan biskut yang dah dikisar,brown sugar dan garam.kacau.
    Masukkan butter cair dan kacau hingga serbuk biskut menjadi lembab dengan sekata.
  • Masukkan adunan dalam loyang pembakar smbil menekan2 dengan sekata ke dasar bekas agar menjadi padat.
  • Bakar dalam oven hingga keperangan,dalam 15-20minit.Keluarkan dari oven
    dan sejukkan atas redai sementara menyediakan topping.Jgn padamkan api oven..
  • Penyediaan Topping :
    Masukkan cream cheese,parutan2 buahan2 citrus,dan garam ke dalam mangkuk besar.~inilah rupe triple citrus tue :)
  • Kacau sehingga berkrim dan lembut
    dan bahan tadi sebati.Campurkan susu pekat manis dan kacau sebati dan tiada lagi gumpalan cream cheese.
  • Masukkan
    kuning telur dan kacau lagi.(boleh guna hand whisk).Masukkan jus2 dan kacau.(Campuran ni akan kelihatan agak pekat)
    ~untuk jus2 tu,gunekan yang fresh,dari buah yang diparut tadi~
  • Tuangkan bahan topping keatas crust yang dah disejukkan dan ratakan permukaannya dengan spatula.
  • Bakar hingga masak dan
    tepinya mula renggang sket dari tepi bekas dan ada bubble2 kecil meletup2 atas topping,dalam 15-20minit.JANGAN sampai menjadi keperangan!(sy punye dah terover cook..huhu)
  • Sejukkan atas redai,ke suhu bilik.Tutup dengan foil dan masukkan dalam peti sejuk
    (bukan freezer) selama lebih kurang 2 jam.
  • Keluarkan bars dari loyang dengan menggunakan lebihan foil kat tepi loyang tu. Potong bars kepada segiempat2 bersaiz
    lebih kurang 2 inci.Bolehlah tabur parutan kelapa sebelum dihidangkan.Close up sketzz..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN