Amik dalam internet . Tp x ingat dr siapa. Ada ubah sikit2. TQ pada sesiapa yg berkenaan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Trifles
Amik dalam internet . Tp x ingat dr siapa. Ada ubah sikit2. TQ pada sesiapa yg berkenaan.
BAHAN-BAHAN
- 1 tin buah laici
- 1 tin kiub nenas
- Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)
- 1 tin susu cair (*)
- 6 sudu tepung kastard (*)
- 1/2 cawan gula (*)
- 5 cawan air (*)
- Sekotak Jelly segera perisa strawberry (Saya guna brand NONA)
CARA PENYEDIAAN
- Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan (lebih kurang mcm 1/3 bekas acuan)
- Campurkan semua bahan2 bertanda (*). Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga agak pekat.
- Birakan sejuk sikit dan tuangkan kastard ke atas swiss roll td. Tunggu sehingga keras sedikit.
- Susun buah-buahan (Nenas dan laici) di atas kastard td.
- Sediakan jelly mengikut cara yg tertera di kotak bungkusan. (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih)
- Tuang jelly ke dalam bekas triflles td. Biarkan sejuk. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Siap di hidang(Sesuai di hidangkan sejuk)
- * NOTA : Buah-buahan dan kek boleh di ubah mengikut selera tekak masing2
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.