masakan selatan thai. 5 minit sahaja.resepi dari mak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
tomyam songkhla
masakan selatan thai. 5 minit sahaja.resepi dari mak
BAHAN-BAHAN
- 5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)
- 1 batang serai diketuk
- 1 ulas bawang merah dimayang halus
- 1 ulas bawang putih dimayang halus
- 1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4
- 1 biji tomato dibelah 4
- 2 helai daun limau purut dikoyak2
- 4-5 biji cili api dipotong2/ketuk
- 1/2 biji limau nipis
- 1-2 cawan air ikut suka
- sos ikan/garam secukup rasa
- sedikit daun bawang dihiris
CARA PENYEDIAAN
- didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
- setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
- bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
- taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
- dah boleh makan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.