Cukup rasa.. Tak perlu beli perencah kt kedai.. boleh buat sendiri.. jimat.. sedap!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tomyam Asli Thai

Cukup rasa.. Tak perlu beli perencah kt kedai.. boleh buat sendiri.. jimat.. sedap!!

BAHAN-BAHAN

  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam
  • ***SUP TOMYAM***
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..
  • Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.
  • Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
  • Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
  • Tomyam sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN