Thai food, tp yg ni diolah ikut selera burma. Ke Myanmar beberapa hari lps and sempat merasa Tom yam dikedai halal disana. Sgt best!! Ini hasil try Tom yam santan ala2 burma!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tom yam santan

Thai food, tp yg ni diolah ikut selera burma. Ke Myanmar beberapa hari lps and sempat merasa Tom yam dikedai halal disana. Sgt best!! Ini hasil try Tom yam santan ala2 burma!

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan air biasa
  • Sebatang serai Dihiris halus2
  • 4-5 hiris lengkuas. Nk guna yg kering pun boleh.
  • 4 sudu minyak cili. Klau xde, guna Tom yam paste pun boleh
  • 5 biji cili padi
  • Daun ketumbar – skali dengan akarnya
  • 6 ekor udang XL (optional)
  • Dada ayam dipotong (optional)
  • 1/2 cawan santan
  • Sayur (terpulang nak ape)
  • 6 sudu sos ikan
  • 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)
  • 1/2 biji lemon dan sebiji limau nipis
  • 1 ketul tauhu (potong jd cube)
CARA PENYEDIAAN
  • Isi air biasa kedalam periuk. Masukkan sekali akar daun ketumbar. Biarkan air mendidih.
  • Bila air dah mendidih dan bau ketumbar dh naik, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. Biarkan seketika.
  • Bila dah agak 1 minit, masukkan daun ketumbar yg dihiris serta minyak cili dalam 3 sudu. Klau xde minyak cili, masukkan Tom yam paste je. Sos ikan masukkan juga. Biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam dan udang
  • Masukkan santan. Biarkan mendidih.
  • Bila dah biar dlm seminit, masukkan sayur dan tauhu. Biarkan dlm 1-2 minit. Kacau kadang2.
  • Dalam bekas utk hidang, masukkan air jus lemon dan limau tadi, juga cili oil or Tom yam paste (seeloknya minyaknya shj- 1/2 sudu kecil). Daun ketumbar dan cili padi
  • Bila Tom yam tadi dah menggelegak, tutup api. Leh la siram dalam bekas hidangan. Siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN