Olahan dari tiramisu asas (coffee tiramisu)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tiramisu Oren

Olahan dari tiramisu asas (coffee tiramisu)

BAHAN-BAHAN

  • ** Krim Tiramisu **
  • 1 biji telur kuning
  • 2 biji telur putih
  • 200g keju mascarpone
  • 1/2 cawan (100ml) susu segar
  • 60g gula halus
  • 1/4 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar jus oren
  • 5g gelatin + 3 sudu besar air suam (jika suka)
  • ** Oren dan sirapnya **
  • 2-3 biji oren
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu besar jus oren
  • — 1 biji kek span (boleh rujuk resepi http://myresipi.com/top/detail/29 atau beli kek yg dah siap)
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan oren dan sirap: Buang kulit oren seperti dalam gambar.
  • Keluarkan isi oren dengan memotong pada setiap ulas oren.
  • Masukkan gula dan jus oren ke dalam oren. Biarkan lebih kurang 30 minit sebelum digunakan.
  • Kemudian sediakan pula krim tiramisu : Pukul telur kuning dan gula sehingga nampak keputihan. Kalau nak cepat kembang, masa pukul tu boleh alaskan mangkuk telur ini dengan air panas (70~75c) . Pukul lah sehingga air yang di alas tu menjadi suam.
  • Kemudian masukkan mascarpone dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
  • Dalam mangkuk lain, pukul pula susu dan jus oren sehingga berbuih.
  • Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih dan 30g gula lagi. Pukul sehingga jadi bentuk tanduk bila diangkat.
  • Campurkan campuran susu dengan campuran mascarpone tadi. Kacau biar sebati. Masukkan pula gelatin yang telah dibancuh dengan air. Kacau lagi.
  • Masukkan pula telur putih ke dalam mangkuk (dlm langkah 8). Masukkan 1/3 telur putih-> kacau->1/3 telur putih-> kacau ->1/3 telur putih -> kacau. Jangan kacau kuat-kuat nanti akan hilang buih-buih yang telah terbentuk.
  • Potong kek setebal 1cm. Susun kek span ke dalam bekas yang sesuai.
  • Letakkan oren dan sirapnya ke atas kek tadi.
  • Akhir sekali surahkan krim tiramisu ke atasnya.
  • Sejuk dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN