Bagi yang gemar pelbagaikan resepi terung…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Terung Special
Bagi yang gemar pelbagaikan resepi terung…
BAHAN-BAHAN
- 2 biji terung
- 5 keping cendawan
- 1 bungkus tauhu telur
- 2 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu kecil serbuk ikan bilis
- 5 batang daun saderi
- 5 biji cili
- garam secukup rasa
- minyak
CARA PENYEDIAAN
- Bawang putih, bawang merah,cili dan daun saderi (daun sup) dikisar.
- Tauhu telur dan terung dipotong. Goreng terung separuh masak. Angkat.Toskan minyak.Selepas itu gorengkan tauhu telur sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.
- Tumiskan rencah yang telah dikisar serta tambahkan serbuk ikan bilis.
- Masukkan cendawan. Biarkan seketika.Masukkan terung dan tauhu telur yang telah separuh masak. Biarkan mendidih selama 5 minit.
- Taburkan garam secukup rasa. Setelah masak, taburkan hirisan daun saderi bagi mengharumkan lagi masakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.