Masakan masa bujang..baru belajar masak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur masak kicap simpoi

Masakan masa bujang..baru belajar masak

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar di hiris bulat
  • 2 biji lada merah(jika nak tambah cili pun boleh) dipotong serong
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • 1 cawan air
  • 4 camb kicap lemak manis
  • 1/2 in halia dicincang jika suka
  • 2 camb cili sos
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar dan lada merahmasak hingga layu
  • masukkan kicap, sos cili air kacau rata biar hingga mendidih
  • Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan sebiji2 ke dalam kuah kicap tadi..
  • Biar mendidih jangan di kacau hingga telur 1/2 masak baru terbalikkan dan tambahkan garam jika tawar tutup api.
  • Hidang bersama nasi panas.Tabur daun saderi dan hias dengan bawang goreng (saya tak bubuh sebab anak tak suka).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN