Resepi dr rancangan masakan kat tv.Lupa lak apa nama rancangannya.Tp hat ni dah diubahsuai ikut selera ayu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Bungkus

Resepi dr rancangan masakan kat tv.Lupa lak apa nama rancangannya.Tp hat ni dah diubahsuai ikut selera ayu

BAHAN-BAHAN

  • Daging cincang – anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie – ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
  • 1 biji bawang putih – dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato – boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap – ayu guna kicap manis
  • 2 biji telur – dipukul sedikit
  • Garam & gula – secukup rasa
  • Lada sulah – secukup rasa
  • Minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t’sebut.
  • Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t’pulang pd masing2 la.
  • Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  • Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  • Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  • Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t’sebut & letak piring.T’langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN