Taufu Fah Perantau

Resepi Taufu Fah mudah untuk para perantau. Hanya untuk hidangan sejuk sahaja. Resepi asal drpd bakingquinn.blogspot.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Taufu Fah Perantau

Resepi Taufu Fah mudah untuk para perantau. Hanya untuk hidangan sejuk sahaja. Resepi asal drpd bakingquinn.blogspot.com

BAHAN-BAHAN

  • UNTUK TAUFU FAH
  • 1- 300ml air soya
  • 2- 1tsp gelatin
  • 3- bekas bertutup atau tupperware atau plastic container
  • UNTUK AIR GULA
  • 1- 1/4 cwn gula melaka
  • 2- air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK TAUFU FAH
  • Rendam 1tsp gelatin bersama 1.5tbsp air di dalam bekas hingga kembang, dalam 5 minit.
  • Panaskan air soya hingga suam di atas dapur. Tutupkan api.
  • Masukkan air soya tadi ke dalam bekas yang ada gelatin tadi.
  • Kacau hingga semua sebati.
  • sudukan keluar buih2 yang ada di permukaan bancuhan.
  • Tutup bekas. Simpan di dalam peti ais untuk semalaman. Letak di ruang simpanan biasa. Tak perlu letak di freezer nanti beku.
  • UNTUK AIR GULA
  • Panaskan air bersama gula melaka hingga gula melaka cair. Sesuaikan rasa. Kalau terlalu manis, tambahkan air lagi
  • Tutupkan api dan sejukkan air gula di dalam peti ais semalaman.
  • Note 1: Taufu Fah ini hanya sesuai untuk hidangan sejuk. Kalau dihidangkan dalam keadaan panas, Taufu Fah akan hancur.
  • Note 2: Sekiranya menggunakan pati air soya, tambahkan sedikit air kosong untuk mencairkan sedikit rasa pekat soya, dan pastikan sukatan masih 300ml selepas ditambah air. Boleh juga ditambah sedikit gula tapi biar manis dihujung2 lidah sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago