Gulai Tempoyak Udang Bersama Petai

Gulai Tempoyak Pior

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Tempoyak Udang Bersama Petai

Gulai Tempoyak Pior

BAHAN-BAHAN

  • 15 biji cili padi (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 5 papan petai (diambil isi sahaja)
  • 1 mangkuk udang sederhana besar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • gula & garam secukup rasa
  • 4-5 sudu besar tempoyak
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili padi, bawang besar & kunyit hidup hingga hancur. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg telah dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan serai & biarkan lebih kurang 5 minit tetapi jangan sampai hangus.
  • Masukkan tempoyak & kacau hingga sebati. Kemudian masukkan santan. kacau hingga mendidih tetapi jgn sampai berkepala. Setelah mendidih masukkan air dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan petai & biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian, masukkan udang, gaulkan udang & petai hingga sekata.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit yg telah dihiris halus tadi. Perasakan dengan gula & garam. Siap & boleh dihidang bersama nasi panas.
  • Selamat mencube.. =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago