olahan dari ramai org maka jadi lah adunan ini..kalau tersama, minta maaf le..kita kongsi di sini..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tat Nenas Gulung

olahan dari ramai org maka jadi lah adunan ini..kalau tersama, minta maaf le..kita kongsi di sini..

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm butter
  • 50 gm ( 1/2 cawan ) gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100 gm ( 1 cawan ) tepong kastad
  • 1 biji kuning telor
  • 375 gm ( 3 1/2 cawan ) tepong gandum
  • 1 biji telor ( pukul + sedikit esen kuning utk di sapu di atas biskut )
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukan telor dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukan kedua2 tepong, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau terkeras tambah sedikit lagi butter dan kalau terlembik tambah sedikit tepong gandum.
  • Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulug. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.
  • Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti kemudian gulung.
  • Dah siap semua, sapu kuning telor di atasnya dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak..kepanasan oven 180′ C

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN