Bagaimana cara nak masak Talapia Sambal Hijau?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talapia Sambal Hijau

Bagaimana cara nak masak Talapia Sambal Hijau?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tilapia hitam (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 5 biji cili hijau 
  • 10 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • (Cili hijau, cili api, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 4 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Minyak masak bagi menggoreng 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. 
    2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing. Kemudian ketepikan. 
    3. Tinggal sedikit minyak di dalam kuali dan panaskan. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau. 
    4. Tutup api dan masukkan perahan limau kesturi. Kemudian kacau rata. 
    5. Tuangkan sambal di atas ikan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN