Enaak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Kek

Enaak..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN KEK (LAPISAN MERAH):
  • 70g mentega suhu ruang
  • 100g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 130g tepung gandum,ayak bersama 1/2 st baking powder,1/4 st garam halus
  • 110ml santan
  • 1 st esen vanila
  • sedikit pewarna merah
  • BAHAN KUIH TALAM (LAPISAN HIJAU):
  • 100g tepung hoen kwe warna hijau (1 tube,brand nona)
  • 100g gula pasir
  • 1/2 st garam
  • 900ml santan sederhana pekat
  • 1 st esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • CARA UTK MEMBUAT KEK (LAPISAN MERAH):
  • Panaskan oven 170’c.Griskan acuan,alas dasar acuan dg kertas serap minyak,taburi tepi acuan dg sedikit tepung.Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula sehingga lembut selama 5 minit.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.Tambahkan esen vanila,gaul rata guna sudu kayu.
  • Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan,sambil di gaul rata.Beri sedikit pewarna merah,gaul rata.
  • Tuang ke dalam acuan,bakar selama 45 minit.
  • Bila kek sudah masak,biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dr acuan,kemudian bahagi dua.
  • Ambil satu bahagian kek tadi,kemudian letakkan dalam acuan 9″.Ketepikan.
  • CARA UNTUK MEMBUAT KUIH TALAM (LAPISAN HIJAU):
  • Satukan semua bahan lapisan hijau dlm periuk kecil.Panaskan atas api perlahan sambil dikacau terus hingga agak pekat.Tutup api.Angkat.
  • Tuang ke dalam acuan yg berisi kek tadi,biarkan sejuk dan keras lebih kurang 3 jam.Keluarkan dari acuan Potong.Hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN